Al-Qawthar Mawaris Synergy Sdn. Bhd.
Kemas Kini Terakhir: Ogos 2026
Selamat datang ke portal Al-Qawthar Mawaris Synergy Sdn. Bhd. ("AQMS"). Dengan mendaftar, mengakses, atau menggunakan perkhidmatan sistem kami, anda ("Pelanggan" atau "Pengguna") bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Sila baca dengan teliti sebelum meneruskan pendaftaran anda.
AQMS menyediakan platform digital dan perkhidmatan perundingan bagi pengurusan harta pusaka termasuk penyediaan dokumen Wasiat, Pengisytiharan Hibah, dan Harta Sepencarian. AQMS bertindak sebagai penyedia perkhidmatan dokumentasi perancangan harta dan bukannya sebuah firma guaman.
Dokumen yang dijana (seperti Hibah dan Wasiat) dirangka berpandukan prinsip Syariah dan perundangan Malaysia yang berkuat kuasa pada tarikh dokumen tersebut dicetak dan disahkan. AQMS berhak meminda struktur draf sekiranya terdapat perubahan pada fatwa, enakmen negeri, atau akta perundangan kebangsaan tanpa sebarang liabiliti.
AQMS dan ejen/perunding kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan tidak langsung, khas, atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan anda menggunakan perkhidmatan kami. Had liabiliti kewangan AQMS, jika ada, adalah terhad kepada jumlah yuran perkhidmatan yang telah anda bayar kepada kami.
Segala reka bentuk portal, draf dokumen, sistem logik, dan kandungan platform ini adalah harta intelek mutlak Al-Qawthar Mawaris Synergy Sdn. Bhd. Sebarang unsur salinan, peniruan, atau penyebaran tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang sama sekali.
Dengan menanda kotak "Saya Bersetuju" pada borang pendaftaran portal AQM, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju sepenuhnya dengan semua Terma & Syarat yang termaktub di atas.